Teks: Hifzaila Hafni
Sejak anak pertama lagi, saya sudah terima lawatan jururawat (misi) ke rumah. Pada saya, memang sangat membantu dan saya pun banyak belajar daripada mereka juga.
Walaupun ada yang kurang senang atau tak selesa misi datang bertandang, tapi percayalah kedatangan mereka sangat bermakna kepada kesihatan ibu dan anak. Apalagi dalam keadaan berpantang dan baru saja melahirkan, memang kita belum kuat dan perlukan bantuan.
Salah satu bantuan dari KKM inilah dia, lawatan misi semasa pantang.
Jangan risau, misi bukannya kisah pun kita dah mandi ke belum, rumah bersepah ke. Misi datang nak check ibu dan anak saja. Itu pun kalau tiada masalah, sekejap saja.
Macamana nak minta misi datang rumah buat lawatan?
Sejurus selepas balik dari hospital, dah ada di rumah, secepat mungkin maklumkan pada KK yang terdekat. Pergi lapor hujung minggu pun boleh, kena check dengan KK tu lah. Masa anak ketiga ni, suami lapor hari Sabtu sebab sampai rumah Jumaat dah lewat petang sangat. Lepas KK dah dapat laporan, misi yang bertugas akan arrange waktu lawatan. Biasanya pagi hingga paling lewat dalam pukul 1 petang gitulah.
Apa yang misi check masa lawatan?
Misi akan check ibu dan anak. Ibu akan diperiksa tekanan darah, luka jahitan atau pembedahan, kaki bengkak atau tidak, ada apa-apa masalah penyusuan tak.
Untuk anak, misi akan timbang berat, tengok tali pusat, check kuning. Misi yang senior biasa tengok baby dia dah tahu ada kuning atau tak. Kalau ada kuning, ibu bapa dinasihatkan ke KK secepat mungkin untuk ambil darah.
Berapa orang misi datang setiap kali lawatan?
Biasanya 2 orang. Pernah sekali masa saya pantang anak kedua, misi datang dengan doktor pelatih. Misi akan minta izin kita untuk libatkan doktor tu dalam pemeriksaan kita. Tujuan pun untuk belajar. Saya ok je.
Berapa kali misi akan buat lawatan?
Pada hari 1-7 misi akan datang setiap hari. Lepas tu hari ke 10, 14 dan 20.
Pada saya, usah kita anggap kedatangan mereka mengganggu kita. Lawatan tu adalah sebahagian daripada tugas mereka dan jika kita tak mahu atau kurang senang dengan kehadiran mereka, boleh menolak dengan baik. Sudahlah servisnya percuma dan hujung minggu pun misi kena datang juga. Termasuklah hari raya dan sebagainya.
Setakat ini, saya puas hati dengan servis lawatan daripada misi KK KLIA dan KK Salak. Memang mesra dan peramah. Disebabkan mereka juga, anak-anak saya dapat detect kuning lebih awal dan dapat rawatan lanjut.
Terima kasih misi!
No comments:
Post a Comment